Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah
erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita
perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup
kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa
kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada
yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini
adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan
kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita
mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang
seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan
penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan
mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya
kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa
kita juga akan dipermainkan.. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya..
Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat
menentukan..
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan,
anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita
tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun
berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri,
jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan
menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga
diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan
kebaikan yang anda lakukan…
Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur,
ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana,
dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan
Redhalah.. :)
Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu
saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai
seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika
kamu tahu kekurangannya