Terdapat pelbagai pendapat tentang hal ini namun bagi saya cinta sesama insan ketika remaja boleh dijalinkan
asalkan masing-masing tahu batasan dan mengawal perasaan cinta itu.
Perasaan untuk mencintai dan dicintai memang
tidak dapat dielakkan oleh semua insan terutamanya bagi remaja.
Perhubungan ini seharusnya membawa kesan yang positif bagi
remaja kerana mereka mempunyai pendorong untuk memberi galakan atau persaigan
dalam bidang pelajaran selain daripada ibu bapa mereka yang
sentiasa mendoakan kejayaan mereka.
Namun remaja haruslah mengamalkan sikap berhati-hati dan
tidak melanggar batasan adat timur dan agama semasa bercinta. Mereka seharusnya
mengikut perasaan remaja mereka dan sama-sama belajar untuk menjadi orang
dewasa yang lebih baik.
Ramai pasangan yang melafazkan cinta, tetapi sebenarnya mereka tidak mengetahui mengapa dan kenapa mereka bercinta. Alam percintaan sememangnya indah, bagi pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, dunia ini ibarat mereka yang punya.

