Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat
persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang
fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.
1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu
pelajaran?
Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah
tanggapan tu. Sepatutnya,kahwin awal lebih memberi
kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan
sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan?
Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih
bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya
pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik
bagi pasangan mereka.
Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka?
Tidak kan?
2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada
isteri kalau belum ada kerja?
Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai
yang meminjam PTPTN atau dapat biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin
dikahwini jugak masih study, dan juga meminjam PTPTN atau dapat biasiswa.
Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang
asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang
termampu kepada isteri. Mungkin RM50 atau RM100 sebulan?
Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan.
Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang
penting dua-dua masih dapat hidup.
Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju
berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam
bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu.
Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak.
Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri.
Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah.
Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan
kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir
Allah. Berdosa.
Firman Allah: “Dan kahwinkanlah orang-orang
bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh
dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas
(rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.” – (An-Nur:32)
3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?
Sebelum itu, saya mahu tanya. Apa perkara asas dalam kahwin?
Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib
pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang,
sudah jimat wang.
Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan
kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan
walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri.
Dan tidak perlu sanding-sanding semua tu kerana hukumnya
haram jika bersanding depan bukan mahram. Buang wang saja sewa pelamin, sewa
baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk
dalam hal-hal yang sia-sia.
Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik
magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan
dalam Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.
Sabda Rasulullah s.a.w: “Tiga golongan yang akan
selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu
memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar
dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya.” – (H.R.
Thabrani)
4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?
Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar
semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin
bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada
fitnah dan maksiat, kahwin la.
Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda
yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak
baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan
benda yang baik dengan berkahwin terus.
Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu,
mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan
untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan
untuk melakukan perkara yang haram?
Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila datang kepadamu
seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan
akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi
fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.” –
(H.R. Tirmidzi dan Ahmad)
5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?
Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya
dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?
Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar?
Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau
bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik
yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat
saya.
Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang
sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah
kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin.
“Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling
bersedia sebenarnya..”
6. Macam mana dengan restu ibu bapa?
Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor
penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu
bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal.
Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran
mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang
lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran
risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak
akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas.
Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu
kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin
kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki
untuknya.
Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita
yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.
Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: “Kahwinlah
anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa
mereka.” – (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)
.jpg)