MENANTI DIA BAKAL ZAUJ KU ^^,

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.


Pernah dengar tak? 

" Andai jodohmu belum tiba, jangan ditanya kenapa. tapi yakinkan hati, bahawa Adam yang kau nantikan itu sedang membina sahsiah dan peribadinya. dia sedang berusaha membina kepimpinan dalam dirinya agar nanti kamu selamat dalam lindungannya. dan, padamu itu ada kekurangan tersendiri. adam itu pasti akan hadir bagi melengkapkanmu nanti. bersabarlah kerana bila tiba masanya nanti, Allah sendiri yang akan menghantar jodoh itu padamu. di saat yang tepat, dan di pelabuhan yang tepat. "

siapakah dia?

masih ku belum ketahui.

mungkin si dia yang selalu didalam doaku sehari harian. In shaa Allah :)

lipatan perjalanan di hadapan tak dapat ku singkap.

malah mustahil juga untuk diintai.

cuma aku mengimpikan,

agar dia juga sentiasa merasakan kalau aku nie sumber kekuatannya.

layakkah aku mendapat insan sepertinya?

hari nie aku akan menjawab.

aku masih terlalu banyak kekurangan dalam diri yang perlu di perbaiki.

masih juga aku mencuba melakukan yang terbaik untuk kami. In shaa Allah.

dan mudah mudahan 

jika ditanya lagi soalan itu kepadaku 

aku bersedia dengan jawapan yang lebih yakin. In shaa Allah. 

kerana dia bakal menjadi pemimpinku ke jalan Allah kelak.

Pesan ustazah : banyak kan doa dan perbaiki diri sendiri dulu menjadi lebih baik. supaya nanti jodoh kita terbaik. kalaupun bukan takdir di dunia, biarlah dikurniakan yang paling baik di akhirat. In shaa Allah :)