Dengan Nama Yang Maha Pengasih Dan Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt...
Sabda Rasullullah yang bermaksud:
"Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang, nescaya Ia bukakan
kunci hatinya dan mengisikannya dengan keyakinan dan kepercayaan yang kukuh, Ia
jadikan hatinya waspada terhadap liku-liku hidup yang dijalaninya, Ia jadikan
hatinya sihat sejahtera dan lidahnya bercakap benar dan perangainya baik/mulia
dan Ia jadikan telinganya mendengar dan matanya melihat yang baik"
(diriwayatkan oleh Abu Syeikh dari Abi Zam)
Tanda-tanda seseorang manusia itu sedang dibimbing Allah ke arah jalanNya yang
lurus atau kearah agama Nya yang suci ialah :
1. Allah membuka pintu hatinya dan membedahkan segala hijab-hijab kelalaian dan
kejahilan, kemudahan hati yang terbuka itu dipancarkan dengan cahaya
iman,cahaya cintakan Allah dan cahaya ma'rifatNya yang suci.
2. Kemudian hati yang dipancarkan dengan kecintaan dan ma'rifat itu akan
dihiasi pula dengan kayakinan dan kepercayaan yang kukuh dan utuh, dan tidak
tergoncang oleh fitnah-fitnah dunia.
3. Kemudian hati yang iman, ma'rifat, keyakinan dan kepercayaan kukuh akan
dijadikan Allah begitu hati-hati, waspada dan sensitif dalam setiap langkah
hidup yang dijalani hingga ia terselamat dari noda-noda dosa dan nafsu-nafsu
penyelewengan dan ia juga begitu sedar dan teliti dengan segala ajaran-ajaran
Allah.
4. Allah jadikan hatinya yang penuh iman, ma'rifat, keyakinan dan kesedaran itu
sihat sejahtera dari penyakit-penyakit hasat dengki, .a', takbur, dendam,
marah, rasa perseteruan, was-was, keraguan dan sebagainya dari
penyakit-penyakit jiwa yang menyeksa dan menghilangkan ketenteraman manusia.
6. Sebagai kesan dari pembinaan iman dan ma'rifat yang kukuh dalam hati
seseorang, ia akan menjadi seseorang yang sentiasa bercakap benar dan berani
memperkatakan kebenaran di tempat mana sahaja dan kepada tokoh mana sahaja.
7. Kesan dari pembinaan dan ma'rifat itu juga Allah kurniakan kepadanya telinga
yang sentiasa cintakan ajaran dan nasihat yang benar dan serentak dengan itu
Allah kurniakan kepada matanya yang tajam yang dapat melihat rahsia-rahsia dan
hikmat-hikmat ketuhanan disebalik kejadian Allah dengan penelitian batin yang
mendalam.
wasalam